Maklumat Pembayar Zakat
Kira & Bayar Zakat Simpanan
  • Kira & Bayar >
  • Isi Maklumat Diri >
  • Buat Bayaran >
RM
RM
RM

Pengesahan.

Resit rasmi Lembaga Zakat Selangor akan dihantar ke alamat email berikut. Pastikan anda memasukkan maklumat yang betul.

Nama Penuh:
Alamat Lengkap: , , ,
No. Telefon:
Alamat Email:

No payment items has been selected yet
Contoh Resit Rebat Cukai 100% LHDN

Zakat Wang Simpanan

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak

Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).

Dalil Wajib Zakat

Kaedah Kiraan Wang Simpanan Zakat:

Simpanan Tetap

    • Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka
      wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.

Simpanan Biasa

  • Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.

Simpanan Dalam Satu Akaun

  • Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

Simpanan Dalam Beberapa Akaun

  • Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.

Zakat Hutang

Zakat ke atas hutang tiada nas yang jelas dan menjadi ikhtilaf dikalangan fuqaha. Perbezaan pandangan fuqaha ini adalah berasaskan samada zakat perlu dibayar ke atas wang yang dijangka terima ataupun tidak. Oleh itu, Majma Fiqh Islami OIC memutuskan :

  • Pemberi hutang adalah wajib membayar zakat setiap tahun, jika penghutang itu mampu membayar (pada tarikh haul pemberi hutang)
  • Jika penghutang itu tidak mampu / menangguhkan bayaran balik hutang, maka zakat wajib dibayar oleh pemberi hutang setahun selepas penerimaan / bayaran balik hutang tersebut.

Hutang yang boleh ditolak daripada harta wajib zakat adalah hutang yang perlu dibayar segera. Hutang yang pembayarannya bertangguh tidak mengurangkan zakat ke atas harta yang dimiliki tempoh semasa. Oleh itu hutang yang perlu dibayar pada tempoh datang daripada hasil atau harta akan datang tidak boleh ditolak.

Rumusan Aplikasi Zakat hutang

Pemiutang (Pemberi Hutang) – اَلدَّائِنُ

Penghutang (Penerima Hutang) – اَلْمَدِيْنُ