Maklumat Pembayar Zakat
Bayar Qadha Zakat
  • Kira >
  • Isi Maklumat Diri >
  • Buat Bayaran >
RM

Pengesahan.

Resit rasmi Lembaga Zakat Selangor akan dihantar ke alamat email berikut. Pastikan anda memasukkan maklumat yang betul.

Nama Penuh:
Jenis Pengenalan:
Alamat Lengkap: , , ,
No. Telefon:
Alamat Email:

No payment items has been selected yet
Contoh Resit Rebat Cukai 100% LHDN

Takrif Qada Zakat

Qada zakat bermaksud, melaksanakan zakat yang wajib ditunaikan pada masa lalu, namun gagal ditunaikan oleh kerana lupa, sengaja atau meninggalkanya dengan apa-apa alasan sehingga berlalu haulnya (setahun), maka ia wajib ditunaikan dengan kadar segera.

Qada dalam konteks ibadah ialah setiap amalan fardu (seperti puasa, solat dan zakat) yang ditinggalkan wajib diqada sama ada disebabkan lupa, sengaja meninggalkannya atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad.

Individu atau syarikat yang telah cukup syarat wajib menunaikan zakat, layak menunaikan zakat pada tahun-tahun yang lalu dan jika masih belum melunaskan semua zakat yang wajib bagi tahun yang lalu, maka zakat itu wajib diqada.

Daripada segi istilah fuqaha, qada ialah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qada atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah atau yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.

Hukum Qada Zakat

Hukum qada zakat adalah wajib dan berdosa jika sengaja diabaikan.

Hikmah Qada Zakat

1. Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa.
2. Membersihkan harta yang masih belum dibayar zakatnya.
3. Menunaikan hak-hak Allah SWT keatas harta.
4. Menghindar waris memakan harta yang haram.
5. Tidak membebani waris dengan harta yang belum dizakatkan.

Cara Menunaikan Qada Zakat

1. Qada zakat adalah berdasarkan kepada nisab ketika haul yang terdahulu.
2. Pembayaran qada zakat ini boleh dibuat secara ansuran atau mengikut kemampuan.
3. Pembayaran zakat ini juga boleh dibuat sama ada dengan mengunjungi cawangan zakat di seluruh negeri Selangor atau melalui saluran bayaran lain seperti perbankan internet, ejen bank dan lain-lain.

Kiraan Qada Zakat

Qada Zakat ditunaikan zakatnya mengikut tahun dan nilai harta tersebut. Kadar Qada Zakat adalah 2.5%. Jika tidak mengetahui jumlah harta sebenar ketika itu, maka anggaran nilai terhampir dilakukan.

Contoh anggaran Qada Zakat jika tiada maklumat pada tahun qadha zakat tersebut.

Contoh kiraan seseorang yang mahu tunai qadha zakatnya jika tiada maklumat yang terperinci hartanya (boleh mengambil kira nilai yang diyakini) dan mengikut gabungan nisab yang terakhir.