Maklumat Pembayar Zakat
Kira & Bayar Zakat Perniagaan
  • Kira & Bayar >
  • Isi Maklumat Diri >
  • Buat Bayaran >
RM
RM
RM

Pengesahan.

Resit rasmi Lembaga Zakat Selangor akan dihantar ke alamat email berikut. Pastikan anda memasukkan maklumat yang betul.

Nama Penuh:
Alamat Lengkap: , , ,
No. Telefon:
Alamat Email:

No payment items has been selected yet
Contoh Resit Rebat Cukai 100% LHDN

Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.

Sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan

Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.

Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.

Pelarasan

Pelarasan yang terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas seperti berikut:

Ditolak Daripada Aset Semasa

Semasa mengambil kira harta semasa berikut adalah perkara yang perlu dibuat pelarasan:

Barang-barang Tidak Wajib Zakat

Hendaklah dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram umpama riba, judi dan arak.

Bukan Milik Sempurna

Bayaran deposit air, deposit telefon, elektrik dan lain-lain yang seumpamanya hendaklah ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat milik sempurna. (Zakat hanya tunduk kepada penerima deposit yang berkenaan seperti Telekom, TNB).

Si Penghutang Kewangan

Wang yang dipinjamkan akan dikenakan zakat atas si peminjam berdasarkan bahawa ciri-ciri milik sempurna aset tersebut berpindah ke si peminjam. Si peminjam berkuasa dan bebas untuk menguruskan wang itu untuk sebarang tujuan dan mendapat manfaat di atas pinjaman itu.

Tiada Item Yang Dikenakan Zakat Dua Kali

Nilai dividen yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilaburkan akan ditolakkan.

Aset Semasa Mestilah Yang Produktif

Hutang lapuk, stok lupus, penurunan nilai yang ketara & kekal hendaklah ditolak.

Tabung-tabung Yang Bersifat Kebajikan

Tabung bagi tujuan kebajikan seumpama khairat, pendidikan yang terdapat dalam aset semasa akan dikecualikan dari zakat. Walaubagaimanapun, tabung kebajikan yang bersifat pusingan seperti pinjaman Qardhul Hassan, amaun yang dikecualikan zakat adalah nilai pokok yang dimanfaatkan manakala bagi tabung kebajikan yang bersifat ‘hangus’ melalui pemberian derma, khairat maka hanya nilai baki tabung yang dikecualikan.

Bagi Kategori Inventori / Stok

Barangan akhir siap sahaja diambil kira; manakala stok bahan mentah serta kerja dalam proses tidak diambil kira.

** Aset Semasa (Kes Pelarasan yang perlu dicampur)

Semua sumbangan, derma dan sedekah yang dibuat oleh entiti perniagaan tersebut pada akhir haul (sukuan terakhir) perlu dicampurkan semula (dengan andai derma itu tidak menggugat kecairan syarikat) ke dalam harta semasa kerana harta semasa yang disalurkan untuk kebajikan masih dikenakan zakat kecuali kalau sumbernya adalah dari tabung kebajikan.

Dicampur Kepada Tanggungan Semasa

Menurut pendapat Imam Syafie – Tidak ada syarat hutang dalam menentukan sama ada harta tersebut layak nisab ataupun tidak. Menurut pendapat Syafie hutang kewangan (bukan liabiliti perdagangan) tidak menghalang kewajipan zakat.:

Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk:

- Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors).
- Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon.
- Cukai.

Oleh yang demikian pelarasan adalah melibatkan item-item yang tidak dibenarkan tolakan seperti berikut:

- Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu ‘financial loans’ dan pengkelasan semula pinjaman berjangka.
- Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable).
- ‘Overdraf’.
- Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease).