MAKLUMAN PENTING!
Sila Isi Dengan Lengkap Untuk Tujuan Pengeluaran Resit Rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pastikan Maklumat Tepat,
Tiada Pembetulan Setelah Resit Dikeluarkan.
Maklumat Pembayar Zakat

Zakat Mata Wang Kripto
Mata Wang Kripto adalah Mata wang yang dicipta berasaskan teknologi Blockchain dan teknologi digital.

Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 17 Ogos 2021 yang telah memutuskan bahawa hukum menjalankan urus niaga menggunakan mata wang digital sama ada sebagai perantara pembayaran (medium of payment), pemindahan wang (remittance)
dan aset simpanan adalah HARUS.
Firman Allah s.w.t:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا۟ ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغْمِضُوا۟ فِيهِ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ ٢٦٧
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)

Sabda Rasulullah s.a.w:
Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Hukum Mata Wang Kripto
Syaratnya adalah seperti berikut:
- Mata wang kripto dan aset digital adalah termasuk dalam kategori harta kerana ia mempunyai sifat ‘al-Mutaqawwim’ (mempunyai nilai) dan diwajibkan zakat berdasarkan dalil-dalil umum kewajipan zakat terhadap harta.
- Mata wang kripto adalah bukan wang (legal tender) sama ada di sisi syarak ataupun undang-undang, namun ianya dikategorikan sebagai aset pelaburan atau sekuriti berdasarkan kepada Warta Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian Kewangan.
- Kewajipan mengeluarkan zakat ini tidak terhad kepada mata wang kripto dan aset digital yang diurusniagakan di platform dagangan (Digital Asset Exchange) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Senarai Mata Wang Kripto

Senarai Platform Dagangan Aset Digital (DAX) Yang Berdaftar Dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

Kaedah Pengiraan Zakat Mata Wang Kripto
Contoh Pengiraan
Unit mata wang kripto dan aset digital X harga semasa (hujung haul) X 2.5% = Jumlah Zakat
Contoh : Encik Ali memiliki 0.2 unit Bitcoin (BTC) yang telah mencukupi haul. Harga semasa 1 unit BTC adalah bersamaan RM258,107.
Contoh Taksiran
Jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Encik Ali bagi tahun 2021 adalah:
0.2 unit x RM258,107 x 2.5% = RM1,290.54